Sunday 10 May 2015

Red Velvet Ubi Bitt

Hai adik manis..
Sebut ja pasal kek red velvet,semua terliur kan.aummm..sedapp
Tp kali ni Kak Nora yg jelita nk cerita pasal kek red velvet ubi bitt yang sedap sampai semua orang yang makan terbayang2.
Kek ni Kak Nora buat sempena besday mak yang ke51 tahun..mmg ia jauh lebih sedap dari kek red velvet yg bubuh pewarna merah tu.
Kek ni menggunakan ubi bitt (isi merah) sebagai pewarna semula jadi.
Maknanya selamat sangat2 untuk kanak2 rebina mcm anak2 Kak Nora makan.

Resipi asal ni Kak Jelita dapat dari fb masterchef kita Dr.Ezani (pstt:school mate,blokmate,formate Kak Nora)

Bahan kek:

1 1/2 cawan ubi bit dikisar bersama 1/2 cawan jus lemon
1 sudu besar cuka
225g cream cheese
225g mentega
2 1/3 cawan gula kaster
4 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus


Cara membuat kek:
1) panaskan ketuhar 165 darjah C
2) sapukan mentega pada 2 loyang kek berukuran 8 inci dsn alaskan dgn kertas pembakar
3) kisarkan ubi bit bersama jus lemon, campurkan cuka dan ketepikan
4) pukul mentega, cream cheese dan gula menggunakan pemukul electrik sehingga kembang dan gebu. Pukulkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanilla
5) ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam, masukkan ke dalam adunan dan pukul perlahan sehingga sebati. Akhir sekali masukkan puri ubi bit dan gaulkan.
6) tuang ke dalam loyang dan bakar di dalam ketuhar 35 minit atau hingga masak. Sejukkan dan keluarkan dari loyang, belah dua. sedia untuk disapu frosting cream cheese


Bahan frosting cream cheese:
200g cream cheese
50g mentega
2 cawan gula aising diayak
1 sudu teh esen vanilla

Pukul semua bahan sehingga kembang dan gebu. Lapiskan dengan kek ratakan frosting.

Untuk frosting cheese tu Kak Nora ubah suai sb nk kurangkan manis.. Kak Nora guna resipi frosting cheese yg ni:

140 g mentega
250 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar gula aising, diayak

Kak nora buat byk lapisan.kononnya nk cantik la..kejap Kak Nora tempek gambar...


Pusing bandar kota bharu,sebiji strawbery pn xjmpa.last2 buh anggur ja..xpa.jnji puas hati.nyummm.nyummm...



No comments:

Post a Comment